Friday 5 February 2016

Reflection: My First Ever Elections

"Assalamualaikum, Liyana. Awak berminat tak nak join ISoc Execs?"

Begitulah titik permulaan bagaimana aku boleh melibatkan diri dalam elections utk Islamic Society di Warwick.

Pada mulanya, aku berfikir, layakkah aku utk memegang apa2 jawatan dlm ISoc? Besar kot tanggungjawab memimpin sesebuah badan kerohanian. Aku sangsi dgn kebolehan diriku, namun akhirnya hati berkata, "Apa salahnya mencuba? Kalaun dapat tu, maknanya tanda diri dah bersedia utk memegang jwtn dlm ISoc. Kalau tak dapat, maksudnya banyak lagi la improvement yg perlu dilakukan. Tapi yang paling penting, Allah lah sebaik-baik perancang. Tawakkal je la dgn apa pun keputusan yg datang."

Akak senior yg mula2 tanya soalan di atas sepatutnya membantuku utk nominatekan namaku. Namun begitu, dia tak sempat utk berbuat demikian kerana dia sendiri ditimpa macam2 ujian pada waktu itu. Kad dia hilang diambil orang sewaktu berada di sebuah mesin ATM di London. Jadi, aku terpaksala mencari akak2 lain yg juga merupakan member ISoc utk mencadang namaku utk pencalonan. Alhamdulillah, aku sempat menghantar emel kepada pihak penganjur meskipun boleh dikira sebagai last-minute.

Aku pun mengikuti setiap langkah2 yang digariskan oleh pihak penganjur; daripada membuat manifesto kepada menyediakan teks ucapan pada hari undian dijalankan itu sendiri.

Satu hari sebelum Elections, aku membaca manifesto2 calon2 lain. Aku berasa agak rendah diri kerana kalau dibandingkan antara mereka semua dgn diriku, bagaikan langit dan bumi. Memang jauh perbezaan antara kami, terutamanya dari segi pengalaman. Aku rasa bagaikan aku telah kalah walaupun pertandingan sebenar belum bermula lagi.

Akak2 senior tidak henti memberi sokongan kepadaku. Sokongan mereka mendorong aku untuk menampilkan diri ke hadapan khalayak ramai sebagai diriku sendiri. Sewaktu giliranku tiba, aku berasa agak gementar, namun aku berjaya mengemukakan teks (sebenarnya dlm bentuk points sahaja) yang telah aku sediakan. Aku telah ditanya sebanyak tiga soalan; dua daripada ahli2 Exec ISoc yang bakal melepaskan jawatan2 mereka, dan satu lagi daripada kalangan mereka yang menghadirkan diri ke program tersebut.

Antara nasihat yang aku terima daripada salah seorg drpd akak2 seniorku ialah utk sentiasa berkata jujur dan tidak cuba utk menjadi seseorg yg bukan diri kita sendiri, semata-mata hendak nampak hebat dan berpengalaman, seterusnya menarik perhatian orang untuk mengundi kita. Aku berpegang kepada nasihat ini sewaktu sesi soal jawab. Salah satu soalan yg ditanya adalah samada aku ada pengalaman tak dalam menulis surat2 rasmi, memandangkan jawatan yang aku pertandingkan merupakan jawatan Setiausaha. Aku mungkin ada pengalaman dalam hal itu, tetapi pada waktu itu, otakku tak dapat nak proses dgn baik. Jawapan yg aku berikan mungkin telah meninggalkan impressi yang negatif ke atas diri aku ie. tak kompeten utk jawatan Setiausaha. 

Aku tewas dalam proses Elections tersebut, tetapi kekalahan ini menjadi sebuah kenangan manis buat diriku. Sejujurnya, apa yg telah aku lakukan merupakan satu tindakan yg amat berani. Bukan semua orang mampu utk membuat keputusan utk betanding dlm Elections sebegini, terutamanya kalau mereka hidup dlm komuniti yang bercampur dengan pelajar2 dari pelbagai negara. Perasaan takut utk berhadapan dgn soalan2 yang mencabar juga merupakan salah satu faktor mengapa seseorang tidak mahu melibatkan diri dlm Elections. Hakikatnya, kedua-duanya merupakan dua faktor utama yang menghantui fikiranku sewaktu aku membuat keputusan utk bertanding dlm Elections kali ini. Namun begitu, aku percaya, kalau aku ikutkan sangat perasaan takut itu, aku takkan dapat memperbaiki diri aku kerana sentiasa hidup dalam zon selesa. 

Aku berharap semangat dan keberanian utk membuat perkara2 yg tak dijangka seperti ini dapat berkekalan dlm diriku hingga ke akhir hayatku. Sekian, wallahua'lam.

*Pengarang sudah lama tidak mengarang dalam bahasa ibundanya, jadi dia memohon maaf sekiranya terdapat byk masalah penggunaan bahasa dlm post ini*